Ratifikasi ICERD Mencemaskan Rakyat, Wajar Ditangguhkan – Anwar

KUALA LUMPUR – Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah sesuatu yang wajar bagi kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Anwar, walaupun secara asasnya Malaysia mendokong prinsip menegakkan keadilan dan menolak diskriminasi namun ia menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

“ICERD itu tidak ada cacatnya kerana ia dokumen yang mendokong keadilan dan menolak diskriminasi tetapi untuk kita meterai pelaksanaannya harus kita ambil kira kebimbangan, keresahan, kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.

“Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan,” kata Anwar dalam bual bicara mingguan eksklusif AI terbitan Astro AWANI pada Khamis.

Ramai yang bertanya, adakah kerajaan terburu-buru meratifikasikan ICERD?

PKR pada Khamis melalui Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil PKR menggesa kerajaan supaya tidak gopoh meratifikasi ICERD.

Menurut Fahmi, kerajaan perlu mendengar pendapat semua pihak sebelum membuat keputusan memuktamadkan perkara itu dan ia masih dibincangkan di peringkat dalaman parti.

Mengambil kira keunikan fabrik sosial Malaysia yang rencam, masyarakat secara umumnya menyatakan pelbagai pandangan mengenai ratifikasi ICERD. Ada yang bersetuju dan ada pula yang menyifatkan ia sebagai ancaman terhadap kontrak sosial negara. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.