Rafizi Nafi Tanding PRK DUN Rantau

KUALA LUMPUR — Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan.

Rafizi berkata kerusi DUN berkenaan seharusnya ditandingi Dr S. Streram seperti pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Kerusi Rantau adalah kerusi Dr Streram yang dimangsakan. Saya tidak ada niat untuk bertanding apa-apa kerusi awam buat masa terdekat,” katanya, dipetik dari laporan ProjekMM.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menolak khabar angin yang mengaitkannya bakal menggantikan Amiruddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru.

“Menteri besar Negeri Sembilan yang ada sekarang adalah sangat baik dan sahabat karib saya,” katanya.

Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu terbatal dan PRK perlu diadakan segera. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.