Pemilihan PKR 2018 Paling Teruk Dalam Sejarah

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pemilihan parti yang berlangsung tahun ini merupakan yang paling teruk dalam sejarah.

Sehubungan itu, Timbalan Ketuanya, Dr Afif Bahardin menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengkaji semula sistem pemilihan yang digunakan PKR.

“Kita ada kira-kira 800,000 ahli yang layak mengundi dan mengambil masa kira-kira sembilan minggu untuk selesai, tetapi itu pun belum selesai kerana ada negeri dan cabang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

“Bayangkan kalau kita mempunyai lebih satu juta ahli, agaknya berapa bulan proses pemilihan atau pengundian akan selesai. Tempoh yang panjang ini sangat memenat dan meletihkan terutama calon-calon yang bertanding,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan AMK di IDCC.

Tambahnya, JPP harus memikirkan strategi yang yang lebih baik untuk digunakan pada pemilihan akan datang dalam masa yang sama mengelakkan masalah-masalah yang berlaku dan menimbulkan kontreversi tidak akan berulang semula.

Pemilihan PKR untuk tempoh 2018 hingga 2021 kali ini mengundang pelbagai bantahan apabila masalah e-voting yang dakwa tidak efektif, wujudnya pertambahan ahli yang drastik, dakwaan politik wang dan banyak lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.