Operasi Menyelemat Di Air, Bomba Kemuka Cadangan

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan pelbagai bagi tujuan penambahbaikan mengelakkan berlakunya nahas kematian anggotanya dalam melaksanakan operasi menyelamat di air.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata cadangan yang terkandung dalam laporan siasatan tragedi kematian enam anggotanya dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan.

“Selain laporan siasatan dalaman, kita ada mencadangkan penambaikan dari aspek prosedur operasi standard (SOP) dan latihan serta perkara yang dirasakan perlu diperbaiki supaya tragedi sebegitu tidak berulang,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan siasatan itu.

Jelasnya ini kerana satu jawatankuasa bebas ditubuhkan berhubung tragedi kematian enam anggota bomba pada 3 Oktober yang lalu semasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki.

Berlaku di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong Selangor, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban adalah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 yang dipercayai maut selepas ditarik pusaran air deras di lombong itu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.