Najib Luah Rasa Kecewa Sukar Beri Penjelasan Pada Rakyat

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan perasaan kecewa kerana sukar memberikan penjelasan kepada rakyat bagi menjawab andaian dan tuduhan bersabit pendakwaan yang dikenakan terhadapnya dan keluarga. 

Menulis di Facebook, luah Najib, ini kerana pada masa ini beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sudah didakwa, justeru adalah sukar untuk  memberi penjelasan kepada rakyat tanpa menjejaskan pembelaan.

“Atau (kami) berisiko untuk dikenakan lebih pendakwaan atas alasan subjudis dan terpaksa membayar berjuta lagi untuk ikat jamin.

“Adalah amat mengecewakan kerana saya tahu andaian dan tuduhan di luar sana adalah tidak benar. 

“Saya dan keluarga saya hanya boleh menunggu walaupun tersangat ingin untuk mendedahkan fakta sebenar, menjawab segala tuduhan dan memperbetulkan persepsi dalam mahkamah tetapi kes ini masih lagi berbulan jaraknya,” tulisnya.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengawal media bagi menimbulkan persepsi dan andaian terhadap pendakwaan yang dikenakan terhadapnya dan keluarga.

Beliau memberi contoh mengenai kenyataan kerajaan berdasarkan kepada perjanjian penyelesaian yang mendakwa 1MDB masih berhutang IPIC sebanyak  US$4.5 bilion. 

“Satu lagi contoh ialah laporan-laporan mengenai syarikat yang dianugerahkan projek solar adalah sebuah syarikat pengangkutan di mana hakikatnya adalah ia adalah salah satu daripada 31 syarikat yang membekalkan diesel dan menyelenggara penjana kuasa bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

“Kejayaan menyiapkan projek itu bagi mengubah kepada solar bermakna penjimatan yang besar bagi kerajaan dan bekalan elektrik yang lebih bersih dan boleh diyakini bagi sekolah-sekolah berkenaan.

“Kerapkali, niat dan hasrat yang baik daripada saya dan keluarga ini diputarbelit dan digunakan untuk memburukkan kami melalui pendakwaan yang kami yakin tiada merit.

“Kami sangat memahami ia adalah di bawah kuasa kerajaan PH untuk menggunakan pihak berkuasa dan dalam hak mutlak mereka untuk mendakwa kami mengikut kehendak mereka,” katanya lagi.

Justeru kata Najib, beliau memohon timbangrasa, kefahaman dan sokongan berterusan dari semua pihak pada ketika keluarganya berdepan masa sukar.

“Insya Allah, kebenaran pasti mendatang. Fitnah itu adalah lebih zalim dari membunuh,” katanya lagi. -SuaraTv 

2 thoughts on “Najib Luah Rasa Kecewa Sukar Beri Penjelasan Pada Rakyat

  • November 17, 2018 at 9:23 am
    Permalink

    Rampasan jutaan ringgit pdrm dlm rumah …bolih jelaskan by detail tanpa bohong tipu.. duit..brg2 kemas..harta2 ..sumber datang mana?? Napa tk simpan dlm bank?? Jelaskan wahai penipu?? Sbb kau bekas pm tkde sapa2 akan serbu ke??
    Duit gaji ke?? Duit kumpul dari kecil2 dulu?? Rosmah pun kumpul duit simpanan dari kecil2 juga kah?? Napa tk simpan dlm bank?? Napa? Napa? Napa? Masih tk nk ngaku rasuah?? Brapa tahun 30tahun?50tahun?? Adakah ini betul jujur bersih?? Sumpah junjung alquran mulqarim tkde songlap duit?? Berani ke junjung alquran?? Nk lawan hukum takdir kah?? Tk salah apa perlu gusar risau?? Lawanlah untung2 kalah teruk??? Malu dapat pintu besi pun dapat!!!
    Rakyat susah tk makan…jutaan ringgit dlm rumah?? Laki bini simpan duit dlm rumah tak jumpa bank….?? Aneh pelik heran…!!!

    Reply
  • November 17, 2018 at 9:27 am
    Permalink

    Tk perlu kecewa andai benar??
    Cabar lah bukti saksi bicara!! Tk perlu risau gusar takut jika benar difitnah?? Andai salah mestinya takut tepis nafi cabar undang2…nk lepas diri nk tegak benang basah!! Bukti banyak2 ni camna?? Kroni2 kuncu2 bini kau?? Camna??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.