Lebih 5,000 Berhimpun Di Johor Bantah ICERD

JOHOR BAHRU: Lebih 500 orang terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menyertai Himpunan Bantahan ICERD di tapak letak kenderaan Masjid al-Jawahir, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Himpunan dianjurkan pelbagai NGO itu turut menyaksikan UMNO dan PAS bekerjasama sebagai pengendali utama program.

Program bermula jam 2 petang tadi sejurus solat Jumaat dan diteruskan dengan ucapan daripada pemimpin parti politik serta NGO yang hadir.

Rata-rata ucapan menyuarakan bantahan terhadap tindakan sesetengah pihak yang mempertikai kuasa Raja Melayu dan hak Bumiputera selain mendesak kerajaan tidak meneruskan cadangan meratifikasi ICERD.

Yang turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasni Mohammad; Pesuruhjaya PAS negeri, Abdullah Hussin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali. – BERITA HARIAN

One thought on “Lebih 5,000 Berhimpun Di Johor Bantah ICERD

  • November 17, 2018 at 1:28 am
    Permalink

    Dulu ttpa kini icerd!! Perlu sgt2 kah icerd???? Naik kerajaan baru polisi drastik ubah?? Ingat beli ayam kt pasar ke?? Cikgu2 jadi susah..polisi buat tapi kaji belum?? Biul ke bijak?? Tambah susah menyusahkan …?? Menteri muda akal pendik?? Tk rujuk ke?? Nk menang arahan atau nk menang kesesuaian tambah menyenangkan semua?? Otak ada ke takde ni??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.