KKM Pecat Doktor Lakukan Salah Laku Seksual

KUALA LUMPUR – Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sungai Buloh yang sebelum ini digantung tugas kerana perbuatan salah laku seksual ditamatkan perkhidmatannya pada Rabu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, surat penamatan perkhidmatan itu telah disampaikan kepada ketua jabatan itu pada Khamis.

Jelasnya keputusan itu merupakan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk menamatkan perkhidmatan ketua jabatan berkenaan berkuat kuasa pada 14 November 2018,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya keputusan itu dicapai hasil perbincangan di antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara dan nasihat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum dapat perkenan dengan Agong.

Sebelum ini didedahkan ekurang-kurangnya 38 individu yang bekerja di hospital itu menjadi mangsa gangguan seksual oleh doktor yang berkhidmat di hospital itu berkenaan sejak 2009.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.