‘Kak Limah’ Tak Tolak Teruskan Watak Tapi…

KUALA LUMPUR – Pemegang watak Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah tidak akan menolak untuk meneruskan sekuel hanya jika bayaran benar-benar berbaloi.

Tambah Delimawati, 60, bayaran dan bonus tersebut seharusnya setimpal dengan penat lelah mereka sebagai pelakon.

“Kalau produksi sama yang hasilkan sambungan filem ini, saya akan tengok kepada bayaran. Bukan saya nak letak harga tinggi, tetapi ini sajalah periuk nasi saya.

“Bukan saja pelakon lain yang tidak berpuas hati dengan bayaran bonus, saya pun terasa. Saya tak puas hati sebab sudahlah bayaran sikit, bonus pun tak seberapa,” katanya/

Dia mengulas mengenai isu bayaran bonus filem Hantu Kak Limah yang membuatkan ramai pelakon utama filem berkenaan tidak berpuas hati antara yang bersuara Datuk Awie.

Filem berkenaan mengutip lebih RM32.5 juta sejak ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Delimawati mengakui impak filem berkenaan membawa namanya dikenali semula dalam industri lakonan.

“Alhamdulillah, selepas keluar filem ini orang ingat balik dan panggil saya berlakon drama. Saya tidak terlalu berkira tentang bayaran kerana yang penting kesinambungan hidup, banyak yang nak kena bayar setiap bulan.

“Bukan nak banyak sangat (bonus) tetapi biarlah berbaloi dengan kerja keras dan usaha kita. Kalau produksi lain yang buat sambungan, saya akan terima dengan bayaran yang setimpal,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.