Kadir Jasin ‘Tak Senang’ Duduk Najib Tidak Berbaju Jingga?

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) warna jingga sebaik ditahan atas kesalahan rasuah.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata prosedur itu penting bagi memastikan semua pihak dilayan dengan sama rata.

“Amat membingungkan saya, beliau (Najib) patut memakai baju itu. Saya pasti ada saiz baju yang sesuai dengannya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang peserta yang bertanyakan kenapa Najib tidak memakai baju lokap SPRM ketika didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, peguam perlu membuat ketetapan menyuarakan isu berkenaan dengan pihak berkaitan supaya perkara itu tidak menjadi polemik.

Ditanya kenapa Najib dibiarkan bebas membuat kenyataan menerusi media sosial, A Kadir berkata, bekas Presiden UMNO boleh menyuarakan apa saja pandangannya selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Selagi tidak menyalahi undang-undang, kita tidak patut menghalang beliau daripada membuat sebarang kenyataan. Saya tidak rasa akan ada orang lagi yang menyokongnya selepas beliau ditumbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelas kerajaan tidak pernah memilih bulu dalam membawa mana-mana individu ke muka pengadilan.

“Saya ingin memberitahu kerajaan tidak pilih bulu, Najib pernah berada dalam Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah pernah menjadi Menteri Besar termuda. Beliau tetap didakwa,” katanya.

Menjawab soalan sama ada perkauman dan agama akan terus dimainkan pembangkang, A Kadir berkata, isu terbabit tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Saya berpendapat isu perkauman dan agama memang penting tetapi pada 9 Mei lalu, majoriti rakyat sudah menyuarakan isi (hati) mereka,” katanya. – BERITA HARIAN

One thought on “Kadir Jasin ‘Tak Senang’ Duduk Najib Tidak Berbaju Jingga?

  • November 16, 2018 at 10:36 am
    Permalink

    Sepatutnya pakai baju jingga? Apa lebihnya?? Tidak kira sapa2 pakai jingga jika ada kes sprm dakwa dsbnya..?? Ckp pula byk mcm tk salah?? Malulah weh..1 dunia tgk hari2..sedarlah diri tu??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.