Harapan Coin Tidak Diiktiraf, Berisiko Kepada Pelabur

SHAH ALAM – Menerbitkan Harapan Coin sebagai matawang kripto adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelasnya pelaburan matawang itu sangat berisiko khususnya kepada pelabur kerana masih tidak diiktiraf dan sedang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

“Harapan Coin mungkin boleh jadi bahan spekulasi dan memberi kesan buruk kepada pelabur-pelabur tambahan pula matawang kripto di negara ini tidak mempunyai kawal selia sedangkan semua pelaburan kewangan perlu dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

“Saya dimaklumkan syiling Pakatan Harapan ini telah pun dibuat dan saya anggap ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana menjual satu benda yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri program Bicara Santai: Pemerkasaan Belia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad baru-baru ini berkata cadangan untuk menjadikan Harapan Coin sebagai mata wang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan pada masa hadapan tetap diteruskan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian bingkas mempertikaikan cadangan itu dan beliau mendesak Khalid mendedahkan dalang yang bertanggungawab terhadap Harapan Coin.

Ahli Parlimen Shah Alam itu kemudiannya mengaku bahawa terlibat dalam matawang kripto Harapan Coin.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.