FundMyHome Bukan Rumah Pembeli, Ia Rumah Orang Lain, KJ sindir PH

KUALA LUMPUR – Skim pemilikan rumah FundMyHome yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 hanya akan menguntungkan pelabur dan pemaju, tegas Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Ujar bekas Menteri Belia dan Sukan itu skim yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan sebaliknya tidak memberi menguntungkan pembeli rumah pertama khususnya golongan berpendapatan rendah yang membeli rumah.

“Skim dia lebih kurang macam ini, kalau dapat bayar 20 peratus daripada harga rumah tersebut, maka kita akan dapat duduk rumah itu selama 5 tahun.

“Kita tak akan memiliki rumah itu. 80 peratus rumah itu akan dimiliki oleh pelabur-pelabur yang kita pun tak tahu siapa dia,” katanya dalam majlis Wacana 3.0: Inisiatif Ekonomi Rakyat anjuran Penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Menerusi program FundMyHome, pembeli rumah perlu menyediakan 20 peratus harga rumah selain bayaran guaman sama ada melalui wang sendiri atau pinjaman bank manakala pembayaran baki 80 peratus pula dibantu dana oleh pelabur dan pembeli rumah juga boleh menggunakan wang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing.

Kj menyindir Pakatan Harapan bahawa program itu tidak memberikan rumah kepada pembelinya sebaliknya ia merupakan rumah orang lain.

“FundMyHome is not my home. 20 percent is not my home, is somebody else home,” katanya yang disambut tepukan penonton.

Senada dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, Kj mempertikaikan kepentingan skim yang disifatkannya tidak membantu orang miskin.

“Ini untuk siapa? Ini untuk pemaju, untuk orang kaya yang melabur bukan untuk orang miskin, orang yang berpendapatan rendah, orang muda yang nak beli.

“Saya nak bagi tahu kerajaan orang muda dia nak bayar deposit 10 peratus pun tak ada, ini nak bayar 20 peratus mana nak cari? 10 peratus pun dia tak ada,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.