DUN Rantau: Zuraida Bantah Dr Streram Bertanding Lagi

SHAH ALAM – Bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini membantah pencalonan semula Dr Streram untuk dipertandingkan semula pada Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau.

Sebaliknya menggesa agar kepimpinan parti itu mengetengahkan calon wanita bagi merampas kerusi itu daripada Datuk Seri Mohamad Hasan

“Saya akan mencadangkan calon wanita Negeri Sembilan,” kata ahli Parlimen Ampang itu kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan penggulungan dalam Kongres Nasional Wanita PKR ke-13 di IDCC.

Tambahnya, PKR gagal mencalonkan kaum Wanita di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Saya seorang wanita. Saya mahu mencadangkan calon wanita kerana tiada wanita bertanding di Negeri Sembilan,” tambahnya.

Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini memutuskan kemenangan Mohamad di DUN Rantau tidak sah dan terbatal, selepas hakim membenarkan petisyen difailkan oleh Streram.

Streram memfailkan petisyen apabila dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April yang lalu kerana tidak tiada pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Insiden itu mengakibatkan Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Walaubagaimanapun Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan akan tetap mempertahankan kerusi DUN Rantau itu sebagaimana yang telah disepakati oleh parti.

PAS pula membuat keputusan tidak akan bertanding dan memberikan laluan kepada UMNO. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.