DUN Rantau Kosong, Mahkamah Arah Adakan PRK Segera

KUALA LUMPUR – Mahkamah Pilihan Raya di Seremban hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Rantau Negeri Sembilan kosong dan mengisytiharkan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu sebagai tidak sah.

Sehubungan itu, hakim Azimah Omar mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil diadakan serta mereta.

Katanya, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan bagi seseorang calon atau pencadangnya mempunyai pas untuk memasuki pusat penamaan.

“Ini adalah diskriminasi kepada pempetisyen (Dr S Streram) dan gangguan kepada proses demokraso,”katanya.

Semasa Penamaan calon pada April yang lalu. penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan secara rasmi menang tanpa bertanding apabila calon PKR, Dr S Streram, ekoran gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan.

Difahamkan, calon PKR itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas calon, manakala pencadang serta penyokongnya turut tidak dibenarkan masuk ke dewan itu kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ekoran itu Streram  memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, Mohamad yang mula bertanding di kerusi itu dalam PRU-11 pada 2004, menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.