Asyraf Wajdi Tempelak Maszlee Mahu Tubuh Pasukan Khas Siasat Kesalahan Pentadbiran BN

SHAH ALAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatkan untuk menumpukan kepada agenda membangunkan pendidikan negara berbanding ‘menggali’ kesalahan pentadbiran terdahulu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Maszlee sepatutnya menyerahkan tugas menyiasat kepada badan berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Sindiran itu sebagai maklum balas kepada kenyataan Maszlee yang menyatakan 

sebuah pasukan khas akan dibentuk bagi menyiasat kesalahan pentadbiran dahulu membabitkan Kementerian Pendidikan.

Maszlee dilaporkan berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha membongkar kesalahan kerajaan terdahulu.

Kata Maszlee, pasukan khas yang ditubuhkan akan melihat semula tawaran rundingan langsung dan semua projek yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan pentadbiran terdahulu.

Antaranya mengenai misteri kehilangan susu daripada program bantuan susu kerajaan dahulu, bernilai jutaan ringgit selepas tidak dihantar ke sekolah sejak tahun lalu. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.