Ahli PKR Tunjuk Perasaan Dakwa Keputusan Tipu, Desak Pemilihan Semula

SHAH ALAM – Sekumpulan ahli PKR yang menyokong Dr Afif Bahardin berrtanding merebut jawatan Ketua Pemuda PKR (Angkatan Muda Keadilan) bertindak menunjuk perasaan di Pusat Konvensyen Ideal hari ini membantah keputusan pemilihan kali ini.

Memetik laporan FMT, kira-kira 100 orang penyokong Dr Afif bangun melaungkan nama “Afif” selepas Akmal Nasir dari kem Rafizi Ramli diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan 3 penjuru itu.

“Kami nak Afif menang! Keputusan penipu! Adakan pemilihan semula,” kata penyokong Dr Afif.

Akmal Nasir secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda PKR baru bagi sesi 2018-2021 hari ini selepas selesai kiraan undi ragu pagi tadi.

Menurut sumber, Dr Afif dari kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tewas tipis dengan jurang 50 undi sahaja. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.