Wanita Bingung Jarum Dan Paku Keluar Dari Kaki

Seorang ibu tunggal dari India bingung apabila banyak jarum dan paku keluar dari kakinya.

Anusiya Dewi, 35, yang berasal dari perkampungan kecil di daerah Fatehpur, Uttar Pradesh, utara India berkata, fenomena aneh itu dialaminya sejak tahun 2012.

Anusuiya berkata pada mulanya terdapat ketumbuhan pada kakinya sebelum ia pecah dan mengeluarkan cecair bersama jarum dan paku.

Penderitaan yang dialami menyebabkan dia sukar untuk berjalan, berdiri dan duduk seperti biasa.

Namun, doktor tidak mahu membantu kerana menganggap wanita itu telah memasukkan sendiri jarum dan paku ke dalam kakinya.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah bertindak menyiksa atau mencederakan dirinya sendiri seperti yang didakwa doktor.

Abangnya, Awadhesh Kumar yang tinggal bersama sejak tujuh tahun lepas turut menyatakan perkara serupa.

“Saya tidak percaya dia masukkan sendiri benda-benda itu dalam kakinya. Sudah hampir lima tahun dia menaggung derita. Saya pun tak tahan melihatnya dalam keadaan begitu.

“Ada tiga jenis jenis jarum yang keluar iaitu jarum biasa, jarum picagari dan paku,” ujar Awadhesh.

Anusuiya telah bertemu beberapa doktor di daerah itu namun tiada seorang pun yang dapat membantu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.