Suu Kyi Nafi Diamkan Diri Isu Etnik Rohingya

MYANMAR – Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, semalam menyelar tuduhan banyak pihak yang mendakwa beliau hanya berdiam diri berhubung krisis Rohingya.

Menurut penasihat negara terbabit, beliau beri tumpuan untuk tidak bercakap tentang isu tersebut bagi  mengelakkan  ketegangan dan mengeruhkan keadaan.

“Saya tidak berdiam diri kerana ramai orang berpendapat apa yang saya katakan adalah sesuatu yang tidak menarik.

“Ia bukan bertujuan mengujakan mana-mana pihak kerana ia perlu tepat dan bukan bergaduh sesama sendiri,” jelasnya ketika sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson di ibu negara.

Sementara itu, Tillerson telah menggesa siasatan bebas dilancarkan terhadap krisis Rohingya.

Sebelum ini, tentera Myanmar berdepan tuduhan melakukan pembunuhan ke atas penduduk Rohingya dan membakar perkampungan mereka hingga memaksa 600,000 melarikan diri ke Bangladesh lapor Agensi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.