Korea Selatan Pula Dilanda Gempa Bumi

KOREA SELATAN – Rakyat Korea Selatan gempar apabila gempa bumi berukuran 5.5 skala ritcher melanda bandar Pohang.

Menurut The Sun, gempa tersebut melanda kira-kira 9 kilometer (km) dari pelabuhan Pohang serta gegaran dirasai penduduk hampir 300km.

Wakil Pegawai Pentadbiran Meterologi Korea melaporkan, ia gegaran terkuat selepas gempa berukuran 5.8 magnitud di Gyeongju, September tahun lalu.

Rakaman gambar dan video menunjukkan penduduk yang panik berlari keluar dari bangunan semasa gegaran berlaku.

Susulan itu, pusat kecemasan di seluruh negara dibanjiri panggilan untuk mendapatkan maklumat mengenai insiden yang berlaku, manakala pekhidmatan aplikasi Kakao Talk turut mengalami gangguan.

Terdapat spekulasi mengatakan gempa tersebut merupakan petanda bahawa Korea Utara sedang melakukan ujian nukleur.

Setakat ini,tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.