Keputusan UPSR 2017 Diumum 23 November

PUTRAJAYA – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 23 November ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 443,794 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,085 peperiksaan di seluruh negara.

“Calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari sama.

“Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini diaktifkan pada pukul 10 pagi, 23 November sehingga pukul 6 petang, 29 November depan,” kata kementerian di sini hari ini. – Utusan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.