Isu Tudung Dapat Liputan Media Asing

Isu tindakan beberapa rangkaian hotel antarabangsa di negara ini melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan untuk memakai tudung, turut menerima liputan media asing.

Laporan daripada www.zaobao.com.sg dengan meletakkan tajuk, ‘Larangan hotel antarabangsa di Malaysia terhadap staf di bahagian khidmat pelanggan memakai tudung cetus kontroversi’ telah memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kelmarin, lapor Sinar.

“Tindakan syarikat rangkaian hotel antarabangsa itu dianggap tidak menghormati Malaysia sebagai negara yang majoritinya beragama Islam, sekali gus melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak fikir syarikat antarabangsa dari Amerika Syarikat dan negara-negara asing ini yang mengamalkan hak asasi manusia, termaktub dalam perlembagaan syarikat mereka melarang memakai tudung,” tulis portal ini yang memetik kenyataan Mohamed Nazri.

Portal ini turut melaporkan terdapat seorang pekerja mengadu bahawa sebuah hotel antarabangsa melarangnya memakai tudung semasa bertugas.

Ia turut memetik kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan hotel itu atas alasan ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.