Iran Cari ‘Penjenayah’ Punca Bangunan Runtuh

TEHERAN – Presiden Iran, Hassan Rouhani berikrar akan ‘mencari penjenayah’ yang bertanggungjawab terhadap runtuhan bangunan akibat gempa bumi berukuran 7.3 magnitud pada Ahad lalu yang menyebabkan lebih 400 orang terkorban manakala hampir 8,000 lagi cedera.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas mendapati bangunan milik kerajaan runtuh namun bangunan yang dibina oleh pihak persendirian masih kukuh, lapor Utusan.

Ketika bercakap di kawasan yang paling teruk terjejas iaitu di bandar Sarpol-e-Zahab, beliau menunjuk ke arah dua bangunan yang runtuh tetapi sebuah lagi bangunan tidak terjejas.

Walaupun laporan awal dari agensi berita kerajaan Irna memaklumkan seramai 432 orang terkorban, ramai mangsa yang dipercayai mati tertimbus tanpa sebarang sijil kematian sekali gus bermakna mereka tidak termasuk dalam jumlah tersebut.

Pihak kerajaan kini bertungkus lumus untuk menyalurkan bantuan ke wilayah Kermanshah di barat negara ini yang menyaksikan beratus-ratus rumah kediaman musnah manakala penduduknya terpaksa bermalam di kawasan lapang dalam cuaca sejuk.

Hassan yang melawat kawasan itu semalam membe­ritahu, kerajaan akan memberi pinjaman kewangan dan memberi wang kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dan akan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang tidak mematuhi standard pembinaan bangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.