Inilah Alasan Bill Gates Kenapa Dia Akan Pelihara Ayam Jika Dia Jatuh Miskin

Jika anda hidup dengan hanya ada RM8.36 sehari, apa yang akan anda lakukan supaya menjadi lebih baik?

Begitu pertanyaan yang pernah ditulis salah seorang terkaya di dunia  ini di blog pribadinya (gatesnotes.com) bertajuk  “Mengapa saya akan memelihara ayam”.

Sebagai orang yang lahir dan membesar di kota (Seattle, Amerika Syarikat), Bill Gates kagum pada kehidupan orang-orang miskin yang memelihara ayam di beberapa negara yang pernah dikunjungi.

Dia menarik kesimpulan bahawa kehidupan orang yang hidup dalam  kemiskinan akan menjadi lebih baik  jika mereka memelihara ayam.

Ada beberapa alasan yang dikemukakan oleh pengasas Microsoft Corporation ini.

Ayam mudah dan murah untuk dipelihara. Ayam boleh makan apa pun yang mereka temukan di tanah, tetapi lebih baik jika anda boleh memberinya makanan kerana ayam akan membesar lebih cepat.

Ayam, menurut Gates, merupakan modal yang baik.

Dia memberikan gambaran, ada seorang petani yang memulakan dengan memelihara lima ekor ayam.

Salah seorang jiran kebetulan memiliki seekor ayam jantan untuk mengawini ayam-ayam itu.

Setelah tiga bulan, petani itu boleh memiliki 40 ekor anak ayam.

Akhirnya, dengan harga jual RM20.89 per ekor ayam  di Afrika Barat,  dia boleh  berpendapatan lebih dari RM 4,178 setahun.

Penghasilan itu sudah melebihi  batas kemiskinan. Asas Gates, alasan ekonomi melabur ayam itu masih dirasakan dengan alasan kemanusiaan.

Menurut dia, ayam boleh membantu menjaga anak-anak supaya tetap sihat.

Kekurangan gizi telah membunuh lebih dari 3,1 juta anak saban tahun.

Walaupun  makan lebih banyak telur yang kaya protein dan nutrisi lain dapat membantu memerangi kekurangan gizi, menurut Gates, banyak petani merasa lebih menguntungkan membiarkan telur menetas, menjual anak ayam, dan menggunakan wang membeli makanan bergizi.

Namun jika peliharaan ayam para petani itu cukup banyak untuk menghasilkan lebih telur , Gates berharap mereka akan memasaknya untuk keluarga.

Memelihara ayam juga beri kebaikan pada perempuan.

Wanita boleh peliharanya di rumah . Dengan menjual ayam tersebut ia lebih cenderung melabur kembali keuntungan pada keluarga mereka.

Mustahil pula dia akan memelihara ayam jika benar-benar menunggunya untuk bankrap. Mungkin kerana itu, ketaksupannya pada ayam, dia  telah menyalurkan bantuan ayam melalui sebuah yayasan.

Dengan kerjasama rakan kongsi di sub-Sahara Afrika, Yayasan Gates berusaha untuk mewujudkan sistem pasaran yang mampan untuk ayam.

Sistem ini bertujuan untuk memastikan petani boleh membeli ayam vaksin yang betul dan sesuai dengan keadaan pertumbuhan tempatan.

Matlamat Gates dan yayasannya membantu 30 peratus keluarga luar bandar di Afrika sub-Sahara menaikkan ayam vaksin, dari sekarang hanya 5%.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.