Gayut Tombol Pintu, Paha Budak Tertusuk Serpihan Singki

KUALA LUMPUR ― Akibat bergayut pada tombol pintu bilik air dan singki rumahnya, paha seorang budak lelaki tertusuk serpihan singki yang terjatuh, kelmarin.

Paha kiri mangsa, 7, berdarah ditimpa serpihan dalam insiden 4 petang kelmarin di Projek Perumahan Rakyat di Setapak, lapor Metro.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata tiga anggota, yang dihubungi 4.24 petang, membalut luka mangsa sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian kanak-kanak itu dikatakan bergayut pada tombol pintu bilik air dan singki berkenaan menyebabkan ia terjatuh sebelum serpihannya mengenai paha kirinya,” katanya.

Budak berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.