Gadis Amuk Libas Lelaki

PARIT BUNTAR ― Pipi seorang lelaki dirawat dengan 22 jahitan selepas dilibas pisau pemotong sayur oleh jirannya yang mengamuk pada Isnin lalu.

Lee Guan Siang, 48, dilibas sewaktu memujuk gadis 20-an itu, yang mengacu pisau itu kepada dua beranak di depan rumahnya, lapor Metro.

“Melihat situasi itu saya segera mendapatkan dua beranak itu dan cuba menenangkan wanita yang memegang pisau berkenaan,” katanya.

“Ketika cuba mendapatkan pisau di tangan wanita yang mengamuk itu secara tiba-tiba dia melibas pisau itu lalu terkena bahagian kiri muka.”

Akhbar itu tidak menjelaskan siapa dua beranak yang diacukan pisau dan apa hubungan mereka dengan wanita muda itu.

Lee kemudian dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi rawatan selanjutnya.

Sementara itu, ketua polis Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan insiden itu yang berlaku jam 8 malam di Bagan Utara Tanjung Piandang.

 

Suspek terbabit disahkan ada masalah mental dan dirujuk ke hospital untuk rawatan susulan, tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.