Cara Untuk Disiplinkan Pelajarnya, Guru Besar Ini Ikat dan Cekik Leher Para Pelajarnya

Baru-baru ini seorang guru besar  di sebuah taska kanak kanak telah tertangkap melakukan tindakan di luar batasan . Guru tersebut merupakan guru besar dari sebuah taska di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Teng Aai Hong (36) yang merupakan ibu kepada murid disekolah itu mendapati anaknya mengikat dan mencekik adik laki-lakinya yang berusia 2 tahun menggunakan napkin di rumahnya.

Dia menanyakan mengapa dia melakukan hal tersebut kepada anaknya yang berusia 5 tahun, dia mendapatkan jawaban yang mengejutkan.

“Saya memarahi dia dan bertanya mengapa dia melakukan hal itu. DIa mengatakan bahawa hal itu biasa dilakukan gurunya ketika dia nakal” kata Teng .

Beberapa hari setelah dia mengetahui tindakan mengerikan yang diterima anak gadisnya itu, dia terus berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut.

“Dia mengaku mengikat anakku,  tapi dia mendakwa bahawa dia tidak melakukan kesalahan kerana itu adalah cara untuk mendisiplinkan murid-muridnya” jelasnya.

Bukan hanya itu, guru besar tersebut  turut menunjukkan bagaimana dia melakukannya dengan mencuba mengikat murid lain!

Selepas berjumpa guru besar sekolah tersebut, Teng terus membawa anak perempuannya keluar dari taman kanak-kanak tersebut dan melaporkan kes ini kepada polis.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA , Datuk Seri Michael Chong, yang juga hadir di persidangan akhbar tersebut menyatakan bahawa guru besar itu sepatutnya lebih tahu dan bijak cara menguruskan para pelajar kerana hal ini juga akan berpengaruh kepada sekolah mereka.

Kes ini masih disiasat oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.