Bekas Pelacur Yang Sudah Tidur Dengan 10 Ribu Lelaki Ini Dedahkan Apa Yang Dipelajari Dari Dunia Itu

Gwyneth Montenegro, wanita Australia yang berumur 39 tahun ini adalah bekas  pelacur dan dikatakan dia telah meniduri lebih daripada 10,000 lelaki.

Kini, Montenegro sudah meninggalkan dunia pelacuran itu dan telah menjadi seorang penulis.

Dia menulis buku yang mendedahkan semua yang dipelajarinya dari dunia pelacuran itu.

Montenegro mengatakan bahawa dia menulis bukunya, yang berjudul The Secret Taboo, dengan harapan ingin menyampaikan pengetahuannya dan memberi semangat pada orang muda yang kecewa dengan kehidupan dan menghadapi masalah kewangan.

“Saya memilih untuk mengajari wanita muda bagaimana untuk bertahan hidup,” kata Montenegro dilaporkan independent.co.uk.

“Bukan hanya untuk bertahan hidup, tapi juga tentang pahitnya kehidupan di dunia pelacuran ini,” katanya.

Namun, buku tulisan Montenegro ini mendapat kecaman ramai.

Mereka bimbang bahawa buku tersebut akan mendorong wanita muda melakukan pekerjaan tersebut disebabkan aspek kewangan dan bagaimana menarik hati lelaki yang berbeza.

Salah satu penulisannya seperti ini:

“Anda tidak perlu seksi, tapi selama anda betul-betul menjaga penampilan, selesa, dan percaya diri, anda akan dilihat lebih bertenaga dan profesional. Inilah yang diperlukan”.

“Ada ramai wanita yang berbeza usia, bentuk tubuh dan latar belakang yang berbeza tetapi benar bahawa lelaki lebih tertarik pada wanita yang lebih muda”.

Tulisan Montenegro ini membuatkan ibu bapa bimbang anak mereka akan mengikut jejak wanita ini menjadi pelacur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.