6 Pemandu Teksi Diberkas Kerana Berjudi

SIBU – Enam pemandu teksi diberkas polis kerana terbabit bermain judi ‘See Kee Pui’ di pondok Perhentian Pemilik Teksi Sibu di Jalan Khoo Peng Loong di sini pada 2.30 petang hari ini.

Selain menahan pemandu teksi yang berusia antara 52 hingga 68 tahun itu, polis turut merampas 52 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM185 dalam serbuan tersebut, lapor Bernama.

Sementara itu dalam satu serbuan lagi di sebuah kafe dan restoran di Lorong Mahsuri di sini, seorang lelaki berusia 55 tahun yang menjual minuman di premis tersebut telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti loteri haram.

Sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM404 juga telah dirampas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailanni Amit berkata, kes tersebut masing-masing disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.