20 Kali Rumah Dirempuh

IPOH ― Tembok pagar rumah seorang peniaga di sini dirempuh lebih 20 kali dalam tiga tahun tetapi pihak berkuasa tempatan belum bertindak.

Pada 1.30 pagi tadi, sebuah kenderaan yang melalui Jalan Kledang di depan rumahnya, yang agak berselekoh, merempuh keretanya di tepi jalan, lapor Bh.

Wong Fook Wei, 50, telah mengadu kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) agar mengatasi masalah berulang itu sejak 2014.

Keluarganya yang tinggal di Taman Menglembu di sini dilaporkan ketakutan susulan nahas kerap itu, termasuk tujuh kes tembok pagar rumahnya runtuh.

“Saya memohon pihak berkuasa membina bonggol dan memasang papan tanda bersesuaian di laluan terbabit bagi mengelak kemalangan berulang,” kata Wong.

Tambahnya, 6 September lalu, MBI telah bersetuju mempertimbangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan ciri keselamatan di kawasan ini.

“…. namun hingga kini masih tiada tindakan susulan dilakukan,” katanya, yang menetap bersama keluarga dan ibunya di situ sejak 30 tahun lalu.

Walau batu penghadang dan kereta lama diletakkan di tepi jalan depan rumahnya tetapi rempuhan kenderaan yang terbabas tetap berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.