Video : Jamal Ucap Tahniah Buat Azmin Ali

KUALA LUMPUR – “Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Azmin Ali kerana berjaya mentadbir selangor dengan menjadikan ketua pemudanya, jutawan kaya raya bertaraf jutawan luar biasa,”kata Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam nada sindiran.

 

 

Beliau yang mengulas isu pendedahan berhubung banglo mewah yang dimiliki Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly itu menegaskan supaya Azmin berkongsi kekayaan tersebut kepada rakyat Selangor.

 

“Saya mohon dan minta pertimbangan sehabisnya daripada Menteri Besar Selangor supaya kongsi-kongsilah kekayaan itu kepada seluruh rakyat negeri Selangor, jangan dikongsi kroni-kroni atau rakan politik sahaja,”katanya di PWTC di sini hari ini.

 
Terdahulu, Adam Rosly didakwa sejak bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin beberapa tahun lalu, beliau kini telah berjaya memiliki beberapa koleksi kereta mewah serta 3 unit rumah banglo yang bernilai jutaan ringgit.

 

 

Tinjauan SuaraTV sejak semalam di media sosial mendapati rata-rata anak muda secara sinis berkata kagum dengan kebolehan Adam, 28 yang mampu menjadi kaya dalam waktu singkat sejurus selepas bekerja dengan ahli politik PKR.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.