Terpulang Kepada Saya Untuk Hadir Atau Tidak – Hadi

Petaling Jaya – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan sama ada mahu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dibuat olehnya.

Katanya, beliau ‘tidak perlu diminta’ untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Terpulang kepada saya untuk menghadirinya atau tidak, Hadi dipetik sebagai berkata oleh portal berita ketika sidang akhbar pada Ahad apabila ditanya sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng berkata kehadiran Hadi pada mesyuarat itu perlu kerana beliau merupakan satu-satunya orang yang mempunyai kuasa dalam PAS yang boleh membuat keputusan.

Ketiadaan Hadi ketika mesyuarat telah mencetuskan keraguan sama ada perkara-perkara yang dipersetujui oleh wakil PAS sememangnya adalah keputusan akhir, atau masih belum muktamad kerana kuasa veto dipegang oleh Presiden PAS itu.

Guan Eng, pada Isnin berkata ini adalah berdasarkan kes krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.