Kondom Ditemui Dalam Dorm BTS

Korea – Peminat-peminat Kpop seantero terkejut gara-gara ‘penemuan’ kondom di dalam dorm anggota Bangtan Boys (BTS), Jin, secara tak sengaja oleh seorang peminat.

Apa yang membuatkan hal itu lebih kecoh dan menjadi bualan hangat di laman sosial kerana ‘penemuan’ tersebut menerusi beberapa gambar yang dimuat naik sendiri oleh Jin di blognya.

Jin sebetulnya memuat naik gambar-gambar itu kerana mahu menunjukkan kebolehannya memasak dan memang pada awalnya ramai peminat teruja dan kagum dengan bakat yang dimiliki idol mereka itu.

Namun tak lama kemudian bukan makanan yang di masak Jin yang menjadi perhatian peminat. Tetapi tumpuan teralih pada sebuah kotak seakan bewara emas yang terletak di belakang Jin. Peminat mendakwa barang di dalam kotak itu adalah kondom. Tajam sungguh mata peminat!

Ekoran penemuan tersebut ramai peminat kecewa dan patah hati sebab tak menyangka alat seks itu berada di dalam dorm idol kesayangan mereka.

Selain Jin (21 tahun), kumpulan yang hits dengan single terbaru ‘War of Hormone’ ini, turut dianggotai V (18 tahun), Suga (21 tahun), Jungkook (17 tahun), Rap Monster (20 tahun), Jimin (19 tahun), J-Hope (20 tahun).

Disebabkan ke semua anggota BTS tinggal dalam satu dorm yang sama, hal ini membuat peminat sukar memastikan siapa pemilik sebenarnya kondom itu.

“Macam mana boleh ada kondom di tempat tinggal mereka?” soal salah seorang peminat seperti yang dilaporkan AllKpop.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.