Dia Sederhana, Bukan VVIP – Erra Fazira

Petaling Jaya – Bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira mengakui bahawa dia sedang berkawan dan mengenali seseorang jejaka. Dia yang ditemui semasa pelancaran Teater 3 Ratu memberitahu yang tujuannya menjelaskan perkara itu adalah supaya tidak dikaitkan dengan mana mana VVIP.

“Saya tak mahu untuk bercakap soal ini, tetapi bila saya diamkan, saya dikaitkan dengan orang itu dan ini, ia menjadi masalah kepada saya, masyarakat pandang tak elok, apatah lagi ibu tunggal seperti saya, orang yang kita berkawan pun menyebabkan kesukaran kepadanya dalam menghadapi situasi ini,” katanya.

Tambahnya lagi, jejaka bertuah itu baru sahaja dikenalinya dan masih dalam proses berkawan dan tidak ada apa-apa perancangan hingga ke fasa tertentu. Dia yang tidak begitu mahu menyentuh soal ini menjelaskan cukuplah jejaka itu matang dan lebih berpengetahuan darinya.

“Alhamdulillah dia bujang, baru berkawan. Ciri-ciri yang ada mungkin kali ini saya bila berkawan dengan orang cukuplah dia sederhana, apa yang penting seseorang itu boleh membimbing saya. Dia matang, dan lebih berpengetahuan”

“Saya perlu ada rasa hormat untuk saya bersama. Proses nak berkawan bila ada elemen-elemen tak sihat dia akan sedikit mengganggu. Saya tak kisah sama ada oramg luar atau orang dalam industri. Persahabatan kami unik, dia tak perlu berjumpa, peringkat seterusnya hanya masa yang akan menentukan,” tambah Erra Fazira lagi.

Sementara itu, Teater 3 Ratu bakal membariskan barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Erra Fazira, Soo Wincci dan Izreen Azminda yang akan dipentaskan Disember ini,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.