2AM Ajak Peminat Malaysia Minum Kopi

Korea – Kumpulan balada popular Korea, 2AM bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 29 November ini.

Kehadiran kumpulan yang hits dengan lagu ‘Can’t Let You Go Even If I Die’ ini ke tanah air kali ini sempena merasmikan pembukaan cawangan kedua kafe kopi popular di Korea, Dal Komm Coffee bertempat di Damansara.

Sebelum ini cawangan pertama Dal Komm Coffee sudah dibuka di Cyberjaya.

2AM dianggotai oleh empat penyanyi Seulong, Jo Kwon, Changmin dan Jinwoon yang masing-masing mempunyi kredibiliti vokal yang cukup mantap. Mereka baru saja melancarkan album berjudul ‘Let’s Talk’ pada 30 Oktober lalu.

Terdahulu, 2AM pernah mengadakan konsert sulung mereka ‘2AM The Way of Love Concert’ di sini pada 30 November 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.