RUU kewarganegaraan ada kelompangan, Muhyiddin gesa kaji semula supaya lebih adil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (Pagoh-PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum diluluskan kerana didakwa ada kelompangan.

Presiden Bersatu itu berkata, Muhyiddin, kelompangan itu berkait kebajikan kanak-kanak dan kaum wanita yang perlu dikaji semula oleh jawatankuasa terbabit supaya lebih adil.

Jelas Muhyiddin, antara peruntukan perlu dikaji semula adalah hanya kanak-kanak lahir dalam Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya seorang warganegara pada masa kelahirannya layak mendapat kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

“Pindaan itu menafikan hak sedia ada anak-anak pemastautin tetap yang lahir di negara ini untuk menjadi warganegara.

“Hak ini dirampas daripada mereka. Pindaan perlembagaan yang melibatkan rampasan atau penafian hak sedia ada yang dijamin oleh perlembagaan bukanlah suatu perkara kecil,” katanya dalam perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Muhyiddin juga berpandangan had umur 21 tahun bagi memohon kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan ketika ini wajar dikekalkan, bukan diturunkan kepada 18 tahun.

Bagaimanapun, beliau berkata pindaan itu boleh dibuat jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat memberikan jaminan semua permohonan di bawah Perkara 15A diproses secara ‘fast track’.

“Ini untuk mengelakkan pemohon yang layak terlepas peluang untuk memohon disebabkan penurunan had umur ini,” katanya.

Beliau menyambut baik pindaan yang memberikan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada kanak-kanak lahir di luar negara yang ibunya pada masa kelahirannya berstatus warganegara Malaysia.

Jelasnya, pindaan memberikan hak kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang kepada anak-anak dalam kategori itu hanya untuk satu generasi sahaja itu selaras manifesto Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

“Bagi saya ini mekanisme kawalan penting memastikan kelonggaran kepada hak kewarganegaraan diberikan melalui pindaan perlembagaan ini tidak disalahgunakan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat