KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 – Dalam usaha bersama untuk menjelaskan kepentingan kesedaran kanser payudara, Pusat Perubatan Prince Court, hari ini mengadakan “Spectrum of Survivors: A Pink October Afternoon Tea” di Altitude, Banyan Tree Kuala Lumpur. Antara yang hadir termasuklah bekas pesakit kanser payudara, penyokong serta ahli media.
Acara tersebut itu dimeriahkan oleh DJ Lite FM Asha Gill dan Ika Kamaruzzaman serta menampilkan ceramah kesihatan daripada Perunding Pakar Bedah Payudara & Endokrin Dr Harjit Kaur Perdamen, Perunding Pembedahan Payudara & Onkoplastik Dr Melissa Tan dan Pakar Radiologi Klinikal Dr Farah Nun, kesemuanya dari Pusat Perubatan Prince Court. Selain itu, terdapat juga perkongsian pengalaman yang menyentuh hati daripada bekas pesakit kanser payudara: Lim Soh Ngee, Kim Lim, dan Amnah Salleh.
Kanser payudara merupakan kanser yang paling lazim di kalangan wanita. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, statistik di Malaysia agak membimbangkan, di mana seorang dalam setiap 19 orang wanita berisiko menghidapi kanser payudara. Insiden penyakit ini menjadi lebih tinggi selepas usia 50 tahun. Tambahan pula, hampir separuh daripada diagnosis, mencakupi 47.9%, dibuat pada peringkat akhir — Peringkat 3 dan 4.
Daripada perspektif global, kanser payudara kini menjadi kanser yang paling biasa didiagnosis di dunia mengatasi kanser paru-paru. Menurut data yang dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) pada Disember 2020, kanser payudara menjadi punca bagi satu daripada enam kematian akibat kanser di kalangan wanita.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Prince Court, Cindy Choe berkata: “Majlis minum petang ini bukan sekadar untuk berkumpul; ia adalah satu kenyataan. Kami berhasrat untuk memperkasakan individu dengan pengetahuan, memupuk harapan dan menekankan kepentingan pengesanan awal dan sokongan selepas diagnosis.”
“Acara kami menjadi bukti usaha kolektif yang diperlukan dalam memerangi kanser payudara. Bersama-sama, kami menjadi kuasa perubahan, menyediakan platform untuk mangsa yang terselamat berkongsi kisah mereka dan memberi inspirasi kepada orang lain.”
Choe seterusnya menekankan kepentingan pemeriksaan biasa dan pemeriksaan klinikal payudara seperti mamogram dan ultrasound payudara, untuk membolehkan pengesanan awal kanser payudara. Mengesan kanser payudara seawal mungkin akan meningkatkan kemungkinan rawatan yang berjaya.
Pusat Perubatan Prince Court juga memberikan baucer untuk Ultrasound Payudara Percuma bernilai RM150, dengan pilihan untuk menaik taraf ke Mammogram 3D seharga RM220, kepada setiap tetamu untuk menggalakkan saringan payudara.