Zahid Simpati Nasib 1,200 Kakitangan Jasa

SHAH ALAM – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersimpati dengan nasib 1,200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang ditamatkan perkhidmatan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga Jasa yang telah memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Saya bersimpati dengan mereka dan mendoakan agar ALLAH SWT melindungi mereka serta keluarga,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan jabatan akan dibubarkan termasuk Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

Beliau menyifatkan Jasa dan JKKP perlu dibubarkan kerana ia berunsur politik. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.