VIDEO: Demi Arwah Ibu, Wanita Berisi Sanggup Lari 21.1km

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita rakyat Malaysia yang menetap di Melbourne mencipta sejarah untuk dirinya dan keluarganya kerana sanggup menghabiskan larian sejauh 21.1 kilometer dalam acara Melbourne Marathon Finish, di United Kingdom.

Wanita bernama, Syidah Tat dalam laman sosial Facebooknya meluahkan rasa gembira dan teruja kerana dapat menghabiskan larian tersebut meski pun sudah berputus asa disebabkan fizikal badannya yang berisi dan sudah penat.

Syidah dalam luahannya memberitahu medal atau pingat yang dimenanginya adalah hadiah sempena hari lahir arwah ibunya bertarikh 8 Oktober 2018.

Selain itu, Syidah berkata dia tidak pernah bermimpi untuk berlari sejauh 21.1 kilometer.

Malah, dia menangis ketika sudah berlari sejauh 15.1 tetapi meneruskan larian juga selepas melihat gambar emak dan ayahnya.

Mengimbau kenangan Syidah, dia bercerita tidak terlalu aktif terlibat dengan aktiviti sukan.

Namun, Syidah percaya dia sudah mempunyai stamina yang lebih baik sejak bekerja di ladang di Melbourne setelah berhijrah ke negara itu hinggakan dia boleh menyertai marathon tersebut.

Syidah dalam akhir luahannya memberitahu pencapaiannya itu adalah untuk seluruh ahli keluarganya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.