Selepas Dikecam Netizen, Syed Saddiq Minta Media Fokus Isu Lain

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi peringatan kepada pengamal media supaya berwaspada ketika melaporkan berikutan kecaman diterima beliau selepas berkongsi gambar tidak berbaju di dalam tab mandi dalam media sosial.

Meskipun ‘kesilapan’ itu dilakukan sendiri oleh Ahli Parlimen Muar tersebut, namun Syed Saddiq tidak semena-mena menuding jari kepada media.

“Kalau boleh buat liputan mengenai isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak.

“Media pun was-was (waspada) buat laporan juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Syed Saddiq memuat naik gambarnya tidak berbaju di dalam tab mandi dalam laman sosial selepas menyertai program bersempena Hari Sukan Negara.

Malang bagi beliau apabila tindakan itu menerima kecaman dalam kalangan netizen.

Mungkin menyedari tindakannya itu tidak disenangi netizen, Syed Saddiq membuat keputusan memadam gambar tersebut. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.