Penganjur Teruskan Acara Ikon Gay Thailand Bertemu Peminat Di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR – Selepas Jabatan Muzium Negara (JMM) membatalkan program sesi bertemu peminat yang disertai oleh ikon pasangan songsang dari Thailand namun nampaknya penganjur tidak ada masalah untuk meneruskan acara itu.

Penganjur menukar lokasi program ‘Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur’ di PJ Live Arts dekat Petaling Jaya.

Maklumat mengenai perpindahan acara itu tular di laman sosial.

Bukan sahaja tempat berubah, nama program juga diubah kepada New&Tay Ist Fan Meeting in Malaysia with Special Guest Earth.

Semalam, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) membatalkan acara yang sepatutnya diadakan di Auditorium Muzium Negara pada Sabtu ini.

JMM berkata, pembatalan itu kerana bercanggah dengan permohonan pihak penganjur yang tidak menyatakan sesi itu turut disertai dua artis kontroversi terkenal sebagai ikon lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dari negara jiran itu.

Pihak JMM hanya mengetahui program ‘Thailand Fans: Together in Kuala Lumpur’ disertai dua ikon LGBT itu selepas poster program berkenaan bertajuk ‘Kissing Krist & Singto’ tular di laman sosial.

Sambil mengakui perkata itu amat memeranjatkan dan bercanggah dengan permohonan awal yang dikemukakan pihak penganjur, justeru, JMM telah bertindak membatalkan permohonan tersebut serta-merta. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.