‘Page FB’ Najib Tarik Lebih Perhatian Berbanding Mahathir

SHAH ALAM – Pelayar laman sosial Facebook ternyata lebih gemar mengunjungi laman sosial mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding halaman milik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi satu statistik yang dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, ia menunjukkan ‘page’ milik Najib mencatatkan capaian tertinggi berbanding laman beberapa pemimpin tertinggi termasuk Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini yang menakjubkan. Tahniah DSN (Datuk Seri Najib). Teruskan memberi maklumat kepada kami. Biarkan kami ‘troll’ bagi pihak anda,” tulis Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang. 

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri Kedah turut menyertakan statistik peratusan kunjungan pelayar Facebook ke halaman media sosial pemimpin-pemimpin itu.

Najib kini aktif menggunakan laman sosial Facebook bagi mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir.

Beliau sebelum ini mengkritik PH kerana berniat menipu pengundi melalui manifesto khususnya penghapusan tol, yang diibaratkan seperti pemuda sengaja mengukir kata manis untuk memperdaya gadis. 

Ujarnya, adalah sangat lucu apabila PH sewaktu sebelum pilihan raya umum lalu gigih mencanang khabar kononnya negara akan bankrap, namun dalam masa yang sama berjanji untuk menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak. 

Antara isu lain yang turut dibangkitkan beliau adalah mengenai cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dahulu dicanang PH kononnya cukai itu akan menyebabkan harga barang turun. -SuaraTv 

5 thoughts on “‘Page FB’ Najib Tarik Lebih Perhatian Berbanding Mahathir

  • October 17, 2018 at 12:49 am
    Permalink

    Popular tiada makna tak bererti langsung?? Amanah bersih tidak rasuah ..tidak bohong. Khianat tipu ikrar aku janji masa angkat sumpah jawatan??
    Bila lah nk didakwa jatuh hukum?? Perompak perosak penyamun pengkhianat pembelot pembohong penyangak byk lagi!!!! Cepat2lah dakwa jatuhi hukuman yg seberat3 nya…tak sedar diri bongkak takbur bodoh sombong…sampai bila agak2nya kau tak mengaku salah?? Sampai bila?? Kau nk lawan hukum allah swt ker?? Kau tepis..sorok.. nafi.. tak akui salah sendiri..betullah bodoh sombong takbur bongkak ..kau rasa bolih tongkat langit??? Insyallah sama2 rakyat tengok lihat dan tahu apa sudah cerita ini…1mdb pun kau tak lepas punya?? Byk kes lagi yg akan menyusul…dont worry berapa lama kau nak takbur??? Tak kemana pun…kuasa allah swt dan hukum dunia tak terlepas ?? Sama2 lah kita semua doa dan tunggu… biar cepat jatuh hukum???? Sampai bila nak tepis??? Perosak korup khianat penyamun!!!!

    Reply
  • October 17, 2018 at 12:52 am
    Permalink

    Byk lagi kes menyusul…tk habis2… kuncu2..kroni2 saudara mara.. jutaan ringgit rampasan dlm rumah??? Felda.
    Lembu.. altantuya.. 1mdb… huh banyak nya…. tak sedar diri!@@

    Reply
  • October 17, 2018 at 12:55 am
    Permalink

    Tk lepas punya??? Jgn lari no!!
    1 dunia tahu 1mdb??? Tk pd francis justo savier yg telah beri maklumat!!!!! Cepat2 jatuh hukum!!!!

    Reply
  • October 17, 2018 at 12:58 am
    Permalink

    Tahniah ph …tun m …. pulihkan semula malaysia yg telah musnah olih pengkhianat durjana.. bila kes 1mdb najib tammat?, tk sabar … cepat2 jatuh hukum tu???

    Reply
  • October 17, 2018 at 12:59 am
    Permalink

    Korup kurap musnah rosak hancur????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.