Macai Guan Eng Kata SST Akan Turunkan Harga Barang – Najib

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan tindakannya semalam yang menafikan sekeras-kerasnya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menurunkan harga barang. 

Ini kerana menurut Najib, setiausaha politik Guan Eng, Tony Pua pula tampil dengan ‘cerita berbeza’ apabila pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan cukai SST akan menurunkan harga barang.

“Saya belek berita lama terjumpa ini. Hebat juga strategi komunikasi mereka. 

Lain orang lain cerita.

“Setiausaha Politik dan ‘Macai’ Lim Guan Eng (bukan saya kata tapi dia sendiri kata) pernah kata SST akan turunkan harga barangan. Apa cerita sekarang ini?

“Lim Guan Eng berani pula tanya sejak bila kata SST akan turunkan harga barangan. Dia siap cabar untuk tunjukkan bukti.

“Sama macam tersalah titik perpuluhan, saya rasa mungkin Kementerian Kewangan keliru mengenai SST ini,” tulisnya dalam Facebook. 

Tambah Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menafikan hakikat bahawa cukai SST sebenarnya bukan sahaja membebankan rakyat, malah menurunkan hasil kutipan negara.

Jelas Najib, tidak seperti GST yang mana hasil kutipannya akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif, cukai SST pula tidak memberikan manfaat ,baik kepada rakyat dan negara.  

“Rakyat hidup susah dengan SST. Cuba kita tanya diri, dapatkah kita merasai manfaat penggantian GST dengan SST? 

“Kos sara hidup semakin menekan kehidupan rakyat. Kerajaan tidak cukup hasil kutipan untuk membantu rakyat hari ini dan saya risau apa lagi cukai akan diperkenalkan.

“Dalam semua ini, yang kita dapat lihat ialah begitu selesa pemimpin Kerajaan PH hari ini di pejabat mereka, ke hulu ke hilir dan menikmati pelbagai kemudahan.

“Melupakan rakyat, sebagaimana manifesto mereka,” katanya lagi. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.