Kerana Isu Kasut dan Stokin, Blogger Pro PH Gesa Dr Mahathir Pecat Maszlee

KUALA LUMPUR – Seorang penulis blog politik pro Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mahu Tun Mahathir Mohamad membuang Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dari kabinet.

“Agak malang bagi PH ada Menteri Pendidikan yang suka bercakap soal remeh-temeh dan picisan seperti kasut dan stokin sahaja.

“Sebelum keadaan bertambah buruk dan membebankan PH, harap Tun Mahathir buang sajalah beliau ini daripada jawatan menteri dengan segera,” katanya dalam status media sosialnya malam tadi.

Sebelum itu, Maszlee ada mengeluarkan kenyataan pihaknya belum menentukan warna stokin selepas membenarkan pelajar sekolah memakai kasut hitam sebelum ini.

Menurut Shabudin, agak malang bagi seorang menteri berpendidikan Phd tetapi bercakap soal yang remeh melibatkan kementeriannya.

Maszlee, sepatutnya bercakap mengenai dasar kementerian bagi memantapkan sistem pendidikan di negaŕa ini, katanya.

Dalam masa yang sama, Shabudin menyatakan perkara yang membawa imej buruk kepada PH itu tidak timbul sekiranya hasrat Mahathir mahu memegang jawatan Menteri Pendidikan selain Perdana Menteri dipersetujui pucuk pimpinan parti. – MalaysiaGazette

One thought on “Kerana Isu Kasut dan Stokin, Blogger Pro PH Gesa Dr Mahathir Pecat Maszlee

  • October 17, 2018 at 5:35 pm
    Permalink

    Will the colour of the socks make the children more intelligent? This bangang has zero ideas! Why socks … better disallow children wear shies & undies! 😅😅😅

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.