Jarak Tak Halang Ruhanies Bahagia Dengan Teman Lelaki

KUALA LUMPUR – Kisah cinta pelakon wanita kecik molek Ruhanies dengan ahli perniagaan yang menetap di luar negara bukan lagi satu rahsia.

meskipun belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasih hatinya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26 bahagia walaupun jarak yang memisahkannya dengan jejaka itu.

“Segala butiran mengenai jejaka itu, termasuk wajahnya hanya akan saya kongsi kepada umum apabila sudah bersedia. Ketika ini, biarlah hubungan kami mekar terlebih dahulu.

“Kami juga masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan memerlukan masa sebelum membawa hubungan ini ke peringkat lebih serius.

“Doakan sahaja yang baik-baik, insya-Allah jika dia memang jodoh saya, kami akan ke jenjang pelamin. Biarlah kami saling mengenali antara satu sama lain dahulu,” katanya.

Menjalin cinta jarak jauh, ia tidak sedikit pun menjejaskan kemesraan mereka dan ia terbukti apabila Ruhainies berkongsi catatan indah daripada kekasihnya menerusi IG Story.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.