Henti Kutipan GST Punca Kerajaan Kurang RM113 juta

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar yang mengalami kekurangan bajet RM113 juta berpunca daripada pelepasan cukai selama tiga bulan sebelum memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi program diskusi bersama Umno Online Ahmad berkata kerajaan rugi berbilion ringgit dalam tempoh tersebut akibat tindakan Pakatan Harapan.

“Kalau pun mereka mahu melaksanakan SST pada 1 September yang lalu, mengapa mereka membatalkan kutipan GST pada 1 Jun? Apakah bodohnya tindakan itu? Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos negara tidak ada pendapatan apabila tidak ada cukai yang dikutip.

“Sebulan kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, jumlahnya mencecah sebanyak 11 Bilion! Itu sebablah kementerian luar tidak ada duit. Ini juga merupakan punca pembatalan projek-projek yang lain.

“Kemudian beritahu rakyat, pembatalan projek, potongan bajet itu adalah disebabkan hutang. Apa ke bendanya alasan itu? Tidak ada kena mengena pembatalan projek itu dengan hutang negara. Ini adalah salah mereka sendiri kerana menghentikan kutipan GST selama tiga bulan sebelum digantikan dengan cukai SST,” tegasnya.

Terdahulu, Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dipetik sebagai berkata kepada Dewan Rakyat semalam bahawa kementeriannya mengalami kekurangan bajet RM133 juta dan beliau telah meminta dana daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini. – SuaraTv

One thought on “Henti Kutipan GST Punca Kerajaan Kurang RM113 juta

  • October 17, 2018 at 8:03 am
    Permalink

    Semak ni kecuh kenapa? Awak semua da bungkus??? Parti korup..kurap..najis..jijik..kotor????? Cakap jer mcm pandai sgt??
    Kerja tak buat pun??? Wayang tipu rakyat??,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.