Harga Rokok Naik

KUALA LUMPUR – Harga rokok dijangka akan naik hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kementeriannya pada masa ini sedang menyelaraskan harga rokok setelah pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Pelaksanaan SST baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau, termasuk rokok dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan (8A Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004), harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya.

Kerajaan memperkenalkan semula SST untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 September lalu.

Di bawah SST, 10% dikenakan untuk cukai jualan, manakala 6% bagi cukai perkhidmatan.

Pada 30 Ogos lalu, syarikat pembekal tembakau, JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama akan meningkat selepas penguatkuasaan SST pada 1 September lalu.

Jun lalu, harga jualan runcit hasil tembakau, termasuk rokok dikekalkan walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar.-SuaraTv

3 thoughts on “Harga Rokok Naik

  • October 16, 2018 at 7:07 pm
    Permalink

    Tutup terus kilang rokok..tanam tembakau tutup..
    Dimana2 pun nk hisap rokok susah???? Sibuk sangat pasal rokok kenapa?? Byk lagi yg tak terbuat…pati.rasuah.jalanraya rosak..rumah mampu milik..pati jual aiskrim. Jual karpet
    pandu lori ada lesen ker??.basikal lajak.. rumah tiada tol..geran..tak penting kah??
    Haprak??? Kerajaan ada ambil berat kah? Bersepah2 pati dimana2 pun ada!!! Ni negara siapa???

    Reply
  • October 16, 2018 at 7:09 pm
    Permalink

    Pati makin ramai bukan makin kurang??? Apa nak jadi??? Nak bangga apa ?? Jalan jem sana sini??? Apa yg di buat??

    Reply
  • October 16, 2018 at 7:12 pm
    Permalink

    Pati ramai lorr?? Mymmar bawa roda tiga? Tk nampak ker? Pati berniaga.. ?? Hairan pelik…??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.