Didakwa Terlibat Kes Pengubahan Wang Haram, RM1.2 Juta Lesap Di Tangan Scammer

SUBANG JAYA: Seorang wanita mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta selepas terpedaya dengan ‘scammer’ yang mendakwa dirinya terlibat dengan kes pengubahan wang haram. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohammad Azlin Sadari berkata mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun yang bekerja di sebuah syarikat pelaburan di Kuala Lumpur, pada mulanya menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali pada 5 Oktober.

“Orang itu memperkenalkan diri sebagai pegawai dari mahkamah Kuala Terenganu. Mangsa diberitahu bahawa seseorang telah menggunakan namanya untuk pinjaman peribadi.

“Panggilannya kemudian dipindahkan kepada seorang ‘pegawai penyiasat’ selepas mangsa menafikan pernah membuat pinjaman,” katanya dipetik The Star Online.

Mohammad Azlin berkata, mangsa kemudiannya diberitahu ‘pegawai penyiasat’ bahawa nama dan nombor kad pengenalannya terbabit dalam kes pengubahan wang, dengan transaksi bernilai RM1.48 juta.

“Mangsa panik dan mengikut arahan untuk membuat akaun bagi tujuan pemindahan wang. Mangsa kemudian memindahkan RM1.2 juga (dari akaun simpanannya) ke empat akaun bank berbeza antara 5 hingga 10 Oktober.

“Semua urus niaga dilakukan di kaunter, dan dia hanya menyedari bahawa dia telah ditipu selepas suaminya menghubunginya,” katanya.

Katanya lagi, kes itu masih dalam siasatan polis. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.