Anjur ‘Pesta Arak’ Di Malaysia Satu Keputusan Yang Bodoh Kata Profesor HUKM

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Seorang profesor di Hospital Universiti Kebangsaan Malaya (HUKM) mengatakan kebenaran menganjurkan pesta arak di Malaysia oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah satu keputusan yang bodoh.

Imelda Balchin yang merupakan Profesor dan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di HUKM berkata demikian dalam laman sosial Facebooknya sebagai maklum balas terhadap anjuran pesta arak di negara ini.

Imelda berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti ‘bodoh’ sebelum ini namun, anjuran pesta tersebut mengundang dirinya untuk memberikan pendapat dari segi kesihatan berserta fakta-fakta kajian dari profesor yang terdahulu.

“Mengadakan pesta Oktoberfest di Malaysia adalah perkara BODOH yang dibuat. Anda tidak akan mendapat apa-apa faedah melainkan penyakit dalam masyarakat kita. Saya tidak pernah mengatakan sesuatu perkara dengan perkataan BODOH sebelum ini, tetapi ini adalah satu perkara yang SANGAT BODOH,” tulis Imelda.

Dia terpanggil untuk memberi ulasan berdasarkan fakta kajian dan kesihatan selepas melihat kesungguhan kerajaan membenarkan pesta arak itu diadakan selain dari soalan-soalan sedih yang ditanya oleh anaknya mengenai punca kanser pankreas terjadi disebabkan oleh pengambilan alkohol atau arak.

“Samira bertanya, ‘Tapi Mak, apa punca kanser pankreas?’ Saya menjawab, salah satu risiko kepada kanser pankreas adalah minum alkohol. Jika seorang individu meminum 5 gelas alkohol dalam satu masa, peluang untuk mendapat kanser itu meningkat tiga kali lebih tinggi. Tapi, ramai yang tidak tahu, minum alkohol sekali dalam sehari boleh meningkatkan kanser kolorectal sebanayk 21% dan hanya sekali minum juga dapat meningkat risiko terkena kanser payudara,” terang Imelda.

Samira memberitahu, anaknya berterusan bertanya sebab perlu meminum alkohol sedangkan ia berbahaya dan Imelda memberitahu ia adalah budaya Eropah.

Namun, sejajar dengan peningkatan kematian dan penyakit disebabkan oleh pengambilan alkohol, organisasi kesihatan di Eropah sudah mulai berubah dan meningkatkan kesedaran mengenai risiko kanser disebabkan oleh alkohol serta sudah masanya perubahan dilakukan.

Imelda turut melampirkan beberapa kenyataan dari pakar dan doktor kanser terkemuka dunia mengenai bahayanya pengambilan alkohol kepada setiap individu.

“Menurut Profesor Fitzgerald, pakar kanser Oesophageal, dari Cambridge – Di Perancis, perubahan dan peraturan mengenai tabiat pemakanan manusia iaitu mereka tidak lagi dibenarkan minum alkohol di tempat kerja, serta perlaksanaan iaitu menguatkuasa peraturan yang ketat dalam pengiklanan alkohol telah menyebabkan kanser usus telah menurun.

Selain itu, Imelda turut melampirkan kajian kanser di United Kingdom menunjukkan 9 dari 10 individu tidak mengetahui alkohol mampu meningkat risiko mendapat kanser.

Menurut kata Imelda, pandangannya itu bukanlah berbaur politik sebaliknya, merupakan pandangan kesihatan yang sahih beserta fakta yang tepat.

“Di laman chek, takdak agenda politik dan takdak perbincangan politik. Hanya fakta perubatan yang sahih & isu kesihatan. Depa yang bawak agenda politik tang ni dah kena tendang keluaq. Terimakasih,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.