Ali XPDC Rujuk Nasihat Ustaz

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan XPDC Ali beberapa tahun lalu pernah menyepi dari industri seni dan kembali aktif sejak empat tahun yang lalu.

Mohd Ali Ismail, 49 baru-baru ini mendedahkan pernah merujuk kepada agamawan sebelum kembali dalam bidang nyanyian.

“Umum tahu saya sudah tidak bersama XPDC, malah secara jujur, hati saya berat untuk kembali bersama kumpulan ini.

“Saya sempat meminta nasihat dan pandangan ustaz mengenai perkara ini. Apabila dimaklumkan, saya boleh memanfaatkan platform seni untuk menyalurkan dakwah, akhirnya hati saya terbuka menerima tawaran ini.

“Itu yang sedang saya lakukan sekarang, menyampaikan nasihat menerusi lagu,” katanya.

Dalam pada itu, Ali memaklumkan kumpulan itu selepas sembilan tanpa album kembali mengetengahkan lagu berunsurkan nasihat dengan mengekalkangenre heavy metal yang serasi dengan jiwa mereka.

“Doa masih mengekalkan identiti XPDC seperti yang dikenali peminat, begitu juga dengan konsep muzik yang tetap sama seperti album terdahulu.

“Cuma, lagu yang ditampilkan membawa mesej tersendiri, bukan lagi menyajikan hiburan kosong. Ia banyak menyentuh mengenai kehidupan dan manfaat berbuat baik sesama insan,”ujarnya.

XPDC yang mula aktif pada 1989 kali terakhir muncul dengan album Rasopariso pada 2009.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.