Ungku Ismail Sokong Tiz Zaqyah

Isu Seniman yang dibangkitkan pelakon wanita, Tiz Zaqyah mendapat sokongan daripada rakan artis, Ungku Ismail.

Menurut Ungku Ismail dia telah berkongsi rasa yang sama dengan Tiz dan bersetuju dengan tindakan Tiz yang mempersoalkan apakah fungsi Seniman selain daripada menjadi ahli persatuan untuk dibenarkan bekerja.

“Hear up.

“Recent days, a dispute between one of our most talented actress Tiz Zaqyah and Seniman sparked. She sternly commented on why is it our guild has never reach the par of Hollywood alike on her Instagram.

“It was a question. She was questioning. An open air ramble. Like most of us do to voice out anything publicly (social medias count as one these days), so why does it have to be in closed meeting. She was questioning what are the benefits of joining Seniman compulsorily with fees, when we (actors) have to find our own security and guarantee.

“And so there was always a meeting? What happened in there? Has it still not reach any resolution to the industry builder? What happened to our very inflexible wages, unvarying working hours, rights and protections from fraud dealers and potential failure?

“She was only asking. But The President himself took it hard and lashed it off back using press medias.

“Mari Berbahasa Melayu (ada sahaja yang kononnya tak paham nanti). Benda ni sebenarnya dah lama dah, dari dulu lagi dah kecoh, dan persoalan ini bukannya baru. Saya pernah bersama IMAN (Integrated Malaysian Actors Network) dan mereka mengusaha untuk mendapatkan hak ini, tetapi terberhenti kerana suara kami kecil. Betullah, bayar yuran, kalau tak bayar tak lepas nak berlakon, tapi bayar untuk apa? Duit hasil berlakon kena bayar, dan berlakon, dan bayar, dan berlakon, dan bayar…hmm.

“Mana hak waktu kerja, hak pendapatan yang berpatutan, skala kerja, dan lain lain. Macam macam dah disuarakan dari dulu, tetapi tetap begini. Kebanyakkan artis terima sahaja dan Redho dengan keadaan ini, Persatuan Pelakon kita tidak mungkin akan sampai ke tahap Hollywood. Of course takkan sama, tetapi jika tidak pun, dalam rumah kampung kecil usang ini, bagilah “Perasaan Terbela” itu terjamin.

“Lagi sekali, ini isu yang dah berulang. Artis dah bersuara dalam bilik meeting pun, di luar bilik meeting and now Tiz di IG dia. Kerana ini, orang kata, jadi pelakon berisiko, even buat loan pun, bank classified ours as a high risk industry. Sepatutnya tidak patut berlaku jika kita ada Persatuan Pelakon yang solid kan?

“Jadi apa kata anda?

@tiz.zaqyah

#HakPenggiatSeni #HakAhliSeniman,” tulis Ungku Ismail panjang lebar, petik MH.

Terdahulu, tiz mwmpersoalkan hak artis daripada persatuan itu dan mendapat respons daripada presiden Seniman, Zed Zaidi.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.