Transgender Ini Gelar Dirinya Wanita Yang Paling Cantik Di Dunia

Seorang transgender mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang paling cantik di dunia.

Dilaporkan dari Viral 4 real.com, Abby seorang transgender dari China mendakwa sebagai orang yang paling sempurna di dunia selepas pembedahan plastik.

Abby yang dilahirkan sebagai lelaki, telah melakukan pembedahan plastik dan mengubah sepenuhnya wajahnya. Bagi orang yang tidak mengenalnya sebelum ini, mungkin tidak akan percaya bahawa itu adalah Abby.

 

viral4real

 

Pengakuan mengejutkan ini mendapat kecaman dari netizen apatah lagi Abby adalah orang Asia tetapi selalu berpenampilan seperti wanita Amerika.

Dia bukan hanya melakukan pembedahan plastik tetapi turut menghiasi diri dengan pelbagai aksesori.

Abby juga turut memakai lens warna biru atau hijau untuk menyembunyikan identitinya sebagai orang Asia.

Dia turut melakukan suntikan putih, supaya kulit asli yang sama dengan lelaki itu kelihatan seperti seorang wanita sepenuhnya. Boleh dikatakan Abby sangat bangga menunjukkan penampilan barunya.

Namun, netizen tidak bersetuju dengan pandangan Abby malah mereka menyifatkan pembedahan yang dilakukan oleh Abby sebagai gagal.

Itu semua kerana Abby terlalu yakin dan menganggap dirinya yang paling sempurna dari rambut hingga kaki. Inilah yang membuatkan netizen membencinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.